Setiap hubungan ada kekuatan dan kelemahan. Yang penting adalah cara kita menyemai dan menjaga dengan sepenuh kasih sayang. Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada diri saya, tetapi kepada sesiapa sahaja.
Seharusnya kita sesama manusia harus mendoakan kesejahteraan manusia lain, biar bumi yang kita diami ini sentiasa aman dan sejahtera. Apapun, saya tidak mahu membincangkan penafian ini dalam konteks yang luas dan mendalam. Penafian yang saya maksudkan ialah PENAFIAN KESETIAAN.
Semasa saya masih dalam tahun pertama di UiTM, saya telah bertunang dengan jejaka pilihan hati dan pertunangan saya adalah selama 3 tahun. Di situ, ramai komen yang kebanyakannya negatif dilontarkan, bukan sahaja dari saudara mara, malah sahabat handai.
Selepas 3 tahun, Saya telah pun mendirikan rumahtangga bersama jejaka yang sama. Setelah itu, banyak pula komen positif yang diterima. Mengapa itu berlaku? Di sinila kedua belah pihak wajib main peranan. Jika kita tekad, KESETIAAN akan kekal selama-lamanya.
Memang tak dinafikan, dalam tempoh 3 tahun pertunangan, memang banyak cabaran dan ujiannya lebih tegar daripada pasangan yang ber 'couple'. Kalau mereka mengatakan bahawa mereka telah ber'couple' selama 5 tahun sekalipun dan tidak mengalami masalah yang sukar, percayalah, apabila mereka bertunang walaupun untuk setahun, ujiannya lebih sukar dan tidak mustahil mereka boleh berpisah.
Apabila sudah mendirikan rumahtangga pun, ada suara2 yang berkata bahawa 5 tahun perkahwinan adalah perkara yang paling sukar, dan jika kita berjaya melaluinya, maka kita akan bahagia untuk selama-lamanya. Di sini, setiap peringkat usia ada rintangannya.
Janganlah kita asyik menafikan kebahagiaan orang lain. Doakanlah mereka agar mereka lebih bahagia.
Yang jauh, kita dekatkan
Yang dekat, kita mesrakan
Yang mesra, kita eratkan
Peace!
Tilu - Jangan Jangan Cuba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment